Pages

Followers

Saturday, 22 February 2014

perubahan

sesuatu perubahan mesti dilakukan.
pelaburan dan pengorbanan yang besar dan tepat mesti dilakukan.

masalah

bila laa masalah ini nak berlalu

Wednesday, 25 December 2013

BerCinta? HoHo. Belum masanya. (mungkin)

cinta adalah SATU keindahan, yang datang bersama SERIBU kesakitan.

Walau besar, pedih dan dalamnya kesakitan itu, manusia tetap memilih untuk bersama SATU keindahan itu dan menanggung SERIBU kesakitan.

Ajaib. Aneh. Pelik.
...tapi benar.

mahu mula mencintai, perlulah bersedia menanggung kesakitan yang akan tiba.
dan aku..aku tidak bersedia.

hmmm.petang-petang begini fikiran melayang, berfikir dan merancang pelbagai jalan dan usaha untuk survivor di masa depan.

Pelajaran, kerjaya dan kewangan. Mungkin itu yang harus didahulukan.

Setakat December 2013 ini, ramai rakan seangkatan telah bertukar status..dari bujang menjadi tunangan orang dan yang paling bahagia bila ada yang telah berkahwen.
Han kahwen dengan Ujang Mac lepas. Tikah dah bertunang. Rahim dah kahwen. PG dah bertunang. Man dah bertunang. Jai pun dah jadi isteri orang.

Semalam, seorang kawan bertanya akan aku siapakah calon ku? "mustahil' belum ada, katanya.
Bisik aku sendiri..bab cinta bab kawen boleh dikemudiankan. Belum ada keperluan untuk disegerakan.
Si dia yang dijodohkan pasti telah Allah tentukan sedang menungguku, dan aku akan mencari bila tiba masanya.

Sunday, 25 August 2013

Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan...


Setiap kali ada berita kematian saudara kita, 
itulah peringatan bahawa giliran seterusnya 
mungkin adalah kita sendiri...

Mereka yang takut akan peristiwa hari dia disembahyangkan kelak, pasti tidak akan melupakan untuk mendirikan sembahyangnya hari ini.

Pada itulah hikmahnya Allah mengkhabarkan bahawa mereka yang selalu mengingat mati ada pahala sunat untuk mereka.

Mati itu pencabut segala keseronokan. dan aku juga kamu, adalah calon mayat, yang akan menghuni kubur keseorangan.


Betapa pun aku rindu padamu, hanya hari selepas seluruh alam hancur kelak mungkin baru kita punya peluang berjumpa. atau mungkin selamanya tidak berjumpa. Segalanya urusan sang pencipta. 
Al-Fatihah


I miss you my Superhero

Friday, 23 August 2013

Patriotisme Bukan untuk Dipacak, Tapi Ditanam


Patriotisme itu TANAHnya& Semangat kita rakyat adalah mungkin seperti kayu yang DIPACAKKAN, atau mungkin seperti benih yang DITANAM yang kini telah menjadi pohon. 

Kalau DIPACAK, kesebatiannya dengan tanah mungkin kurang, malah boleh dicabut bila-bila masa. 
Tapi kalau DITANAM,maka hidupnya bertaut sebati pada tanah patriotisme
.
Maka patriotisme bukan cuma DIPACAK pada masa terpilih seperti bulan kemerdekaan saja, malah DITANAM dalam kehidupan.

Juga, patriotisme bukan untuk DIPAKSA seperti sesetengah jiwa dpaksa memacakkan bendera pada kenderaan dimusim merdeka atau berdiri pada berkumandangnya lagu Negaraku, kerana ia perlu IKHLAS tertanam dalam jiwa.

Justeru, patriotisme itu bukan untuk dipacak, tapi untuk ditanam dalam jiwa anak bangsa.
Sekian.



Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara. Semoga ucap selamat itu bukan sekadar

 untuk menyambut tarikhnya, tapi untuk dimengertikan nilainya.

Tuesday, 6 August 2013

Seutuh manapun janji, suatu hari kita tetap akan berpisah...

Pada suatu hari kita pasti akan berpisah...

Pasti..

Walau kita anak yang paling ingat akan orang tua kita,
walau kita kekasih yang paling setia,
walau kita sahabat yang sejati,
walau kita teman yang berjanji sentiasa ada menemani dan tak akan melupakan walau berjauhan,
Namun tetap,pasti..suatu hari kita akan berpisah.

Aku...
Walau tiga tahun berjauhan dengan mak sebab melanjutkan pelajaran ke universiti, kami tetap tak terpisah dan saling menelefon setiap hari.
Sahabatku,
Walau telah jauh berpisah dan lama tidak bertemu tapi tidak pernah putus hubungan.

Walau sekuat mana pun ikatan silaturrahim kita, walau seutuh mana pun ingatan kita pada mereka yang kita sayangi, tetap suatu hari yang pasti kita akan berpisah. Walau kita tidak bertengkar,bersalah faham, membenci atau bermusuhan.

Suatu hari yang pasti, setiap kita akan menemui sang pencipta. Kita akan terpisah dari duniawi. Sama ada aku, atau keluarga tersayang atau sahabat tercinta yang akan pergi dahulu..kita tetap akan pergi menemuinya dan kita akan berpisah..
Walau betapa kita sayang akan ibu/bapa, walau betapa baik kita dengan teman sejati, walau betapa setia dengan kekasih hati, walau betapa teguh janji yang dibina, Janji Allah mendahului segalanya.

Suatu hari yang paling aku takuti. satu hari yang aku tidak lagi melihat senyuman manis kegembiraan ibu tersayang,tidak lagi ditemani ketawa riang kawan tercinta, tiada lagi  borak-borak kosong mahupun pesanan-pesanan motivasiku kepada adik-adik, tiada pula sembang pejabat bersama teman sekerja..semua itu akan hilang. Semua keseronokan dan kebahagiaan hari ini pasti akan berakhir pada suatu hari yang pasti. Sama ada aku yang dulu pergi, atau kalian yang ku sayangi.

Oleh itu, bersangka baiklah sesama kita. Bertutur sopanlah sesama kita. Jaga-menjagakan hati masing-masing. Tutup aib antara satu sama lain. Gembirakan hari antara satu dengan yang lain. Hormat-menghormati. Kerana usia yang ada ini terlalu singkat untuk kita jika ia mahu dihabiskan untuk berdendam bersakit hati. Sejuta kali lebih baik kalau masa yang singkat ini kita meriahkan dengan kesenagan hati dan bersangka baik sesama kita.

Sungguh, suatu hari yang pasti, kita tidak bersama lagi.

Salam!