Jika suatu masa dahulu seseorang pernah memberikan kita
RM3000,dan kerana RM3000 itu kita telah Berjaya hari ini, maka kalau hari ini
kita menganggap ia sebagai hutang budi pasti cuma nilai RM3000 itu boleh kita
bayar.kerana ada beberapa perkara yang tidak akan dapat dinilai harganya, iaitu
nilai sokongan yang pernah dia berikan ketika itu yang menyebabkan dia sampai
mahu memberikan kita RM3000, dan nilai kesan RM3000 itu iaittu yang telah
membawa kejayaan hari ini.
Sesungguhnya, sokongan yang dia berikan tidak dapat dinilai
betapa tinggi harganya. Pada masa itu pasti dia juga pasang harapan yang tinggi
pada kita dan dari harapan itu doanya telah dimakbulkan tuhan sehingga hari ini
kita telah mencapai apa yang terlalu kita impikan.
Aku tetap ingat, siapa kita hari ini adalah disebabkan siapa
mereka yang sentiasa ada di belakang kita memberI sokongan dan harapan dari
hari mula kita melangkah utk mencapai cita-cita ini.
TERIMA KASIH ABANG!
No comments:
Post a Comment