Pages

Followers

Friday 23 December 2011

kisah seorang pemuda dengan undang-undang dunia dan undang-undang Allah.

Tersebutlah kisah seorang pemuda dari kampung berhijrah ke kota demi mencari rezeki dan pengalaman hidup.
Pada suatu suratan, dia telah dianugerahkan oleh Allah sebuah pekerjaan sebagai pintu rezekinya.
Maka di situlah bermuanya kisah perjuangan pemuda ini.

Pemuda ini memasuki sebuah bidang profesional berkaitan perkhidmatan kepada pelanggan di sebuah premis mewah di tengah kotaraya itu.
Dalam undang-undang profesionalnya itu, semua pekerja tidak dibenarkan keluar dari bangunan premis sehingga habis waktu bekerja.

Dari titik ini pula bermula sebuah konflik;

Pada suatu pagi, di pagi indah hari Jumaat, si pemuda meminta kebenaran kepada pengurus untuk dibenarkan keluar ke masjid menunaikan sembahyang Jumaat.
Alangkah terkejutnya pemuda ini apabila permintaanya itu tidak ditunaikan kerana mereka terikat dengan undang-undang di tempat kerja itu yang tidak membenarkan mereka keluar dari bangunan premis ketika bekerja.
Paling menyedihkan, pengurus itu sendiri seorang Muslim.


Maka pemuda ini berfikr, bagaimana untuk meloloskan diri untuk ke masjid. Pemuda berfikir untuk menyelinap di bilik persalinan untuk menukar pakaian dan terus meloloskan diri dari bangunan itu. Dia ternyata mahu mnggadaikan pekerjaannya dan melanggar undang-undang dunia untuk menegakkan prinsip agamanya.
 ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~
Tetapi alangkah sungguh menyedihkan, langkahnya semakin lemah, prinsipnya semakin longlai, dia ternyata tidak cukup kuat untuk melanggar undang-undang itu. Dia takut.

Memandangkan dirinya baru beberapa hari di kota dan ada perancangan mahu pulang ke desa di hujung minggu kelak maka dia pun meyakinkan dirinya dalam golongan musafir yang tidak wajib ke masjid pada hari itu.

Maka kali ini, dia sedang membuat perancangan untuk minggu depan dan minggu-minggu seterusnya. Adakah dia akan menguatkan langkahnya untuk melanggar undang-undang dunia demi tidak melanggar undang-undang Allah, atau dia kan menemui jalan penyelesaian yang lebih baik daripada itu. Sama-sama kita tunggu dan lihat apakah tindakan selanjutnya pemuda ini.

..PENGAJARAN..

sesungguhnya Allah akan sentiasa menguji keimanan kita.
Bila kita telah lulus ujian yang lalu, pasti Allah ada ujian lain yang lebih mencabar untuk kita. Yang mungkin akan menggoyangkan prinsip iman yang kita laungkan sebelum ini.




sekain.wallahu'alam.

sambungan - http://cbazila.blogspot.com/2012/02/kisah-seorang-pemuda-dengan-undang.html

2 comments: