Pages

Followers

Sunday 18 December 2011

professionalism

CERITA I
Seorang pelakon wanita(Vivi,bukan nama sebenar), yang juga isteri kpd suami tercinta(kita bagi dia nama Vovo), ibu kepada anak anak yg dikasihi, anak kepada ibu ayah tersayang dan penganut agama islam yg suci.
Alkisah nya, berlakon dalam sebuah filem yang memintanya berlakon adegan yang agak seksi  dan kontroversi. Bila media bertanyakan kepada si suaminya si Mr. Vovo, dia menjawab, "well, we are professional. itu tugas dia dalam lakonan ,saya tak boleh nak halang"
.......
kwang kwang kwang
PROFESSIONAL????

CERITA II
Seorang suami(kita bagi dia nama ..mmm..apa ek? ha! Mamat,bukan nama sebenar), menunggang motorsikal sambil dibonceng oleh si isteri bersama dua orang anak kembar mereka, menuju ke klinik kerajaan kerana si kembar berdua demam panas bersama.

begitulah kehidupan bekeluarga seorang ayah miskin namun tetap tabah sedaya upaya memberi yang seadanya kepada keluarga tersayang.

Tiba di satu jalan, polis membuat sekatan jalanraya dan  mereka disaman kerana bermotorsikal berempat. Polis menyatakan bahawa dia terpaksa memberi saman kepada Mamat walaupun menyedari ketidakupayaan keluarga ini kerana dia mesti profesional. Undang-undang tetap undang-undang. Yang salah tetap salah.

ehem ehem
EXCUSE ME~~
PROFESSIONAL?????

boleh percaya ke perkataan dan prinsip yang dibuat orang puteh barat ni? kita sepatutnya memikirkan dari semua sudut. profesional mestilah diikuti dengan perasaan perikemanusiaan dan rasa tanggungjawab sebagai seorang insan. 
Yes. Profeisonal+Tanggungjawab+Perikemanusiaan.
Bukannya menjadi hamba kepada prinsip profesional. Mentah-mentah ikut arahan dan permintaan bidang kerja masing masing.

Mengambil contoh dari dua cerita ini tadi,
:::
profesional dalam bekerja sambil ingat tanggungjawab diri tu sebagai seorang islam yg perlu jaga batas -batas dan perikemanusiaan dalam menjaga hati suami yg melihat anda berlakon adegan kontroversi dan juga pak polisi tu,consider lah orang tu dah lah hidup melarat,kita pulak nak tambah masalah.

fikirkan semua sudut dan aspek secara bijaksana. 


ITU BARU NAMANYA PROFESIONAL!!!


3 comments: