Pages

Followers

Saturday 17 March 2012

mat jenin dan cerita tentang angan-angan

Pernah dengar kisah mat jenin???
Lelaki yang berangan-angan besar tapi dia tak layak untuk apa yang dia angan-angankan.
Pernah tak kita fikir mat jenin ni bodoh dan tak sedar diri?

kisah seorang budak lelaki


Ada sorang budak lelaki, tingkatan 6atas bernama Azli (bukan nama sebenar). Orangnya malas belajar dan suka main-main. Orang lain nak exam buat ulangkaji, dia dok sembang je ngan bestfren nya yang dua kali lima. Bila ujian penggal, dapat nombor antara yang tercorot dalam kelas. Subjek pengajian am je yang lulus, yang lain gagal.
Kalau subjek ekonomi lagi lah, dialah budak paling malas nak study ekonomi dalam kelasnya.

suatu hari...

Cikgu ekonomi bertanya ngan diorang dalam kelas tu, "korang apa plan lepas habis stpm?" "ada plan nak masuk universiti"
Sedang kawan kawan lain senyap memikirkan jawapan untuk soalan cikgu ekonomi itu tadi, tiba-tiba Azli memecah kesunyian dengan jawapannya "saya tak kisah cikgu,asalkan saya dapat masuk U dan dapat belajar under fakulti ekonomi'
...aihhhh. Budak malas yang dapat nombor antara paling corot,kerja rumah tak pernah buat, exam selalu gagal cakap nak masuk universiti???????
Satu kelas ketawakan Azli.

tahun berikutnya...

Pada hari result STPM keluar.
Azli memang tak rasa pun keputusan exam penggal di sekolah dengan STPM ada bezanya.
tapi,siapa tahu,rezeki Allah. Berkat keikhlasan Azli mula fokus belajar sedikit demi sedikit menjelang bulan terakhir sebelum STPM akhirnya dia berjaya dapat keputusan yang baik.
Azli DAPAT MASUK UNIVERSITI. the best thing is, his course is under the faculty of economic.

see, siapa sangka...angan angan si pemalas ini bertukar kenyataan selepas dia bangkit dari menjadi bahan ketawa rakan-rakannya sendiri. Lebih teruk, kawan-kawan yang pernah mentertawakannya ramai yang tak layak ke universiti dan ada juga yang berjaya masuk universiti tapi menamatkan pengajian setahun lebih lambat dari Azli gara belum selesai thesis dan ada yang terpaksa extend pengajian.

berbalik kepada kisah mat jenin...


Pada aku lah, Mat Jenin tak salah. Angan-angan tak salah. Mungkin hari ni bagi kita orang tu bercakap tentang sesuatu yang mustahil, tapi siapa tahu jika esok lusa apa yang dia cakap tu menjadi kenyataan? Tuah manusia ni tak siapa tahu

pengajaran
jangan mentertawakan angan-angan, impian dan cita-cita orang lain.

4 comments:

  1. thank you.so,kita jgn lah ketawakan orang.hehe

    ReplyDelete
  2. angan2, mimpi, impian semuanya tak salah. yang penting apa yang kita buat untuk kejar angan2, mimpi dan impian itu (~_~)

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju sangat sangat..
      takde yang mustahil...tan sri lim goh tong pun pernah diketawakan dan d kata gila sbb nak bangunkan genting..sahabat nabi,Salman Al Farisi jugak pernah d ketawakan sbb rancang nak bina parit utk perang..finally,mrk ini org org yang membawa byk kejayaan.

      Delete