Pages

Followers

Wednesday 11 January 2012

kisah dua anak yatim dan haji bakhil

   Pada suatu hari, dua orang anak yatim pergi menemui bapa saudara mereka Haji Bakhil. Haji Bakhil adalah abang kepada arwah ayah si anak yatim berdua.

   Berpuluh tahun yang lalu, arwah bapa telah bekerja terlebih dahulu manakala Haji Bakhil melanjutkan pelajaran di Universiti terkemuka pada masa itu. Ketika Haji Bakhil telah habis belajar dan mencari pekerjaan, baju-baju kemeja si arwah bapa inilah yang dipinjamkan kepada Haji Bakhil untuk menghadiri temuduga dan kereta si ayah jugalah menjadi pengangkutan untuk Haji Bakhil bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

   30 tahun telah berlalu. Anak yatim berdua ini ingin memulakan hidup di bandar sama tempat dengan Haji Bakhil bekerja. Mereka tidak punya wang sebagai modal untuk memulakn hidup di bandar, tiada tempat tinggal, tiada kenderaan dan tiada ahli keluarga lain selain Haji Bakhil.

   Setelah mendengar permasalahan anak yatim berdua tadi, belum pun sempat mereka meminta pertolongan, Haji Bakhil terlebih dahulu menyatakan bahawa dia tidak dapat untuk memberi pertolongan kerana tiada bilik lagi di rumahnya untuk didiami si anak yatim berdua dan tidak ada kenderaan untuk dipinjamkan. Sedangkan Haji bakhil ada dua lagi bilik kosong di rumahnya dan juga dua buah motorsikal yang jarang digunakan serta tiga buah kereta.

   Anak yatim berdua pulang dengan penuh rasa terkilan terhadap sikap bapa saudara mereka itu dan dari sini mereka telah sedar, bahawa Allah telah mengutuskan peristiwa ini untuk mereka belajar bahawa dalam hidup ini, bila kita sudah berjaya janganlah terlalu takut memberi pertolongan kepada mereka yang memerlukan kerana pada masa dulu kita juga mungkin pernah meminta pertolongan dari orang lain untuk kita mencapai kejayaan hari ini.

pengajaran

janganlah terlalu takut memberi pertolongan kepada mereka yang memerlukan kerana kejayaan kita pada hari ini juga datang dari pertolongan dan pengorbanan orang lain.



kalau hari ini kita lupa akan jasa mereka yang pernah berkorban untuk kita pada masa dahulu,tidak mustahil Allah akan melupakan keredhaan untuk setiap kejayaan yang kita kecapi hari ini.

15 comments:

  1. Manakan ada buah kalau tidak dr benihnya...

    ReplyDelete
  2. haji bakhil wajib berubah dan bertaubat

    ReplyDelete
  3. hahaa , nice story abg . btw , abg pasang laa fibox , so dat leh laa chat or mok pdah apa2. cara mok pasang ? tgok kat my blog . enjoy blogging !^_^

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. tunggu jak koleksi cerita cerita seterusnya..hihi

      Delete
  5. farique. terimakkaseh sudi baca n tq for information

    apik. thanks sbb selalu menyokong.hehe

    ReplyDelete
  6. tangan yang memberi itu lebih baik...kadang kita terlalu berat untuk menghulurkan sesuatu...padahal tu semua harta dan pinjaman jer,bila2 jer boleh ditarik balik....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.setuju.
      kadang2 harta yg d pinjamkan kpd kita tu cuma utk menguji keimanan,kejujuran dan budi pekerti kita

      Delete