Pages

Followers

Sunday 25 August 2013

Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan...


Setiap kali ada berita kematian saudara kita, 
itulah peringatan bahawa giliran seterusnya 
mungkin adalah kita sendiri...

Mereka yang takut akan peristiwa hari dia disembahyangkan kelak, pasti tidak akan melupakan untuk mendirikan sembahyangnya hari ini.

Pada itulah hikmahnya Allah mengkhabarkan bahawa mereka yang selalu mengingat mati ada pahala sunat untuk mereka.

Mati itu pencabut segala keseronokan. dan aku juga kamu, adalah calon mayat, yang akan menghuni kubur keseorangan.


Betapa pun aku rindu padamu, hanya hari selepas seluruh alam hancur kelak mungkin baru kita punya peluang berjumpa. atau mungkin selamanya tidak berjumpa. Segalanya urusan sang pencipta. 
Al-Fatihah


I miss you my Superhero

Friday 23 August 2013

Patriotisme Bukan untuk Dipacak, Tapi Ditanam


Patriotisme itu TANAHnya& Semangat kita rakyat adalah mungkin seperti kayu yang DIPACAKKAN, atau mungkin seperti benih yang DITANAM yang kini telah menjadi pohon. 

Kalau DIPACAK, kesebatiannya dengan tanah mungkin kurang, malah boleh dicabut bila-bila masa. 
Tapi kalau DITANAM,maka hidupnya bertaut sebati pada tanah patriotisme
.
Maka patriotisme bukan cuma DIPACAK pada masa terpilih seperti bulan kemerdekaan saja, malah DITANAM dalam kehidupan.

Juga, patriotisme bukan untuk DIPAKSA seperti sesetengah jiwa dpaksa memacakkan bendera pada kenderaan dimusim merdeka atau berdiri pada berkumandangnya lagu Negaraku, kerana ia perlu IKHLAS tertanam dalam jiwa.

Justeru, patriotisme itu bukan untuk dipacak, tapi untuk ditanam dalam jiwa anak bangsa.
Sekian.



Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara. Semoga ucap selamat itu bukan sekadar

 untuk menyambut tarikhnya, tapi untuk dimengertikan nilainya.

Tuesday 6 August 2013

Seutuh manapun janji, suatu hari kita tetap akan berpisah...

Pada suatu hari kita pasti akan berpisah...

Pasti..

Walau kita anak yang paling ingat akan orang tua kita,
walau kita kekasih yang paling setia,
walau kita sahabat yang sejati,
walau kita teman yang berjanji sentiasa ada menemani dan tak akan melupakan walau berjauhan,
Namun tetap,pasti..suatu hari kita akan berpisah.

Aku...
Walau tiga tahun berjauhan dengan mak sebab melanjutkan pelajaran ke universiti, kami tetap tak terpisah dan saling menelefon setiap hari.
Sahabatku,
Walau telah jauh berpisah dan lama tidak bertemu tapi tidak pernah putus hubungan.

Walau sekuat mana pun ikatan silaturrahim kita, walau seutuh mana pun ingatan kita pada mereka yang kita sayangi, tetap suatu hari yang pasti kita akan berpisah. Walau kita tidak bertengkar,bersalah faham, membenci atau bermusuhan.

Suatu hari yang pasti, setiap kita akan menemui sang pencipta. Kita akan terpisah dari duniawi. Sama ada aku, atau keluarga tersayang atau sahabat tercinta yang akan pergi dahulu..kita tetap akan pergi menemuinya dan kita akan berpisah..
Walau betapa kita sayang akan ibu/bapa, walau betapa baik kita dengan teman sejati, walau betapa setia dengan kekasih hati, walau betapa teguh janji yang dibina, Janji Allah mendahului segalanya.

Suatu hari yang paling aku takuti. satu hari yang aku tidak lagi melihat senyuman manis kegembiraan ibu tersayang,tidak lagi ditemani ketawa riang kawan tercinta, tiada lagi  borak-borak kosong mahupun pesanan-pesanan motivasiku kepada adik-adik, tiada pula sembang pejabat bersama teman sekerja..semua itu akan hilang. Semua keseronokan dan kebahagiaan hari ini pasti akan berakhir pada suatu hari yang pasti. Sama ada aku yang dulu pergi, atau kalian yang ku sayangi.

Oleh itu, bersangka baiklah sesama kita. Bertutur sopanlah sesama kita. Jaga-menjagakan hati masing-masing. Tutup aib antara satu sama lain. Gembirakan hari antara satu dengan yang lain. Hormat-menghormati. Kerana usia yang ada ini terlalu singkat untuk kita jika ia mahu dihabiskan untuk berdendam bersakit hati. Sejuta kali lebih baik kalau masa yang singkat ini kita meriahkan dengan kesenagan hati dan bersangka baik sesama kita.

Sungguh, suatu hari yang pasti, kita tidak bersama lagi.

Salam!



Sunday 4 August 2013

Ibuku Cita-citaKu...












Penuh rasa puas dan gembira bila dapat bawak mak ke UUM untuk penganugerahan ijazah pertama ku .Pengajian ijazah yang buat mak aku puas bersedih berjauhan masa mula2 nak melepaskan aku ke Kedah, berhabis duit untuk kirimkan kepadaku untuk beli tiket kapal terbang balik raya, puas susah hati puas merindu. Bila harinya tiba, aku bawak mak ke UUM. Itulah tempatnya aku tinggal selama tiga tahun. Tempat yang buat mak puas basah air mata merindu bersusah hati dan berhabis duit. Aku dapat lihat senyuman bangga dan kegembiraanya bila aku anaknya mendapatkan segulung ijazah kebanggaannya. Sesungguhnya segulung ijazah itu bukan memberi makna besar pun untuk ku kalau ia bukan untuk melihat senyuman kebahgiaan mak ku.
Kini, aku teruskan perjuangan. Cita-citaku, ingin mak hadir ke majlis aku dianugerah sebagai seorang sarjana. Tahun depan,inshaaAllah.
Mak, kaulah cita-citaku.


WISH ME ALL THE BEST!


"kita punya cita-cita.

setiap kita. 

dan pasti,ia bukan untuk diri


sendiri semata-mata, juga demi mereka yang tersayang."