Pages

Followers

Wednesday 17 April 2013

Apa guna kata sayang kalau tak percaya?

Apa ertinya sebuah hubungan kalau tak habis habis dengan cemburu yang melebih lebih?


Meragui itu dan ini. Soal siasat itu dan ini. Password twitter, facebook, email semua nak di-check dan dikongkong.


Apa erti sebauh hubungan kalau asyik pergaduhan yang diutamakan?

Apa erti sebuah hubungan kalau usaha untuk menyelamatkan tidak ada, tetapi sentiasa berusaha mencari apa yang silap apa yang boleh diragukan? 

Apa erti sebuah hubungan kalau semua pertengkaran sampai mengganggu prestasi kerja@pelajaran?

Kalau benar sayang, jaga hubungan. Nak sayang buat cara sayang. Put your trust on who you love.

Be Smart!


Tuesday 16 April 2013

siapa orang yang paling hebat untuk buat kita menangis?



~orang yang paling hebat untuk membuat kita sakit, 

sedih, 

kecewa, takbahagia dan menangis adalah orang yang 

sama

yang boleh buat kita bahagia dan gembira~


Dia pastinya adalah orang yang sangat kita sayang. 

Sekali kita telah faham akan konsep ini, jadi beringatlah, jangan menyakiti orang yang kita sayangi kerana kitalah orang yang paling hebat untuk membuatkan si dia sakit. dan sakit itu pasti sakit yang sangat dalam dan menusuk. 

Kalau benar sayangkan dia, pasti kesakitan dan kesedihannya bukanlah sesuatu yang kita inginkan.

Buangkan jauh-jauh keegoan dan kemarahan. 

Dahulukan akal daripada hati dan emosi, sebelum bibir mengungkapkan kalimah paling menyakitkan. 

Sebelum kita sendiri menyesal.

Renung-renungkan.

Monday 15 April 2013

Sebuah Ujian, Dugaan dan Kesakitan.




...Senang cerita, di sekolah, cikgu bagi kita ujian setiap penggal 

utk nilai sejauh

mana pencapaian kita ,supaya kita tahu apa kelemahan kita dan apa 

yang perlu diperbaiki. Akhirnya, supaya kita makin pandai...

DAN 

...di dunia nyata, Allah bagi kesakitan dan kesedihan setiap kali 

supaya kita 

lebih kuat.lebih tabah utk menghadapi hari-hari mendatang yang

 pastinya lebih banyak watak akan hadir dalam hidup, lebih banyak

 perkara menanti, lebih banyak airmata dan tekanan pasti 

mendatang...




...so,jgn sedih2.jgn nangis...


Mari kita tukar persepsi, 

~Kesedihan yang kita alami bukanlah untuk melemahkan kita 

tetapi 

untuk mempersiapkan kita menjadi insan yang lebih kuat! lebih 

gagah!~







:) S.M.I.L.E.


Sunday 14 April 2013

erti sebuah NYAWA

Kerana adanya nyawa di badan ini, maka itu kita masih hidup.
Jarang kita berfikir betapa besarnya anugerah nyawa yang masih ada ini.
Subhanallah.

SEORANG PEMUDA YANG PERNAH HAMPIR MATI

Allah pernah mempertemukan aku dengan seorang pemuda. Dia pernah hampir mati. Kami dipertemukan pada hari dia mendaftar di sebuah kolej demi cita-citanya.
Dua tahun lepas, dia tidak dapat berjalan seperti mana kita tangkas bergerak, tidak dapat bernafas seluas mana kita menghela nafas hari ini-kerana, kegemukan. 

Kegemukannya yang sampai berat badannya 200paun menyebabkan dia jatuh sakit, dikhuatiri diserang tekanan darah tinggi, sakit jantung dan kencing manis.

Ceritanya, semasa SPM, cuma mampu menjawab beberapa soalan dan beberapa minit selepas itu -tidur. Obesiti itu memaksanya cepat mengantuk dan lembab daya fikiran dan fokus.
Sampai satu hari, dia dikejarkan ke hospital. Dimasukkan ke ICU. Nafas disambung dengan pembantu oksigen.seperti nyawanya tidak lagi di dalam badan, ia bertakung dalan tong oksigen.
Betapa dia memerlukan nyawanya untuk terus masih bertahan ketika itu.

Dia masih muda. Masih perlu banyak yang mahu diselesaikan, dicapai. 
Cikgu pernah bertanya akan cita-citanya sejak awal memasuki alam sekolah. Apa peluangnya untuk cita-cita seperti orang lain kalau hayatnya habis kerana gemuknya itu?
Terima kasih Ya Tuhan, dia terlepas dari detik cemas ICU itu dan dia selamat! Dia masih boleh hidup. Ada lagi nyawa Allah pinjamkan untuknya.

Dia gigih dengan usaha diet supaya dia akan terus hidup lama.
Kini dia seorang pelajar kolej. Yang belajar untuk mendapat sijil kemahiran dalam bidang diminatinya. Untuk kelangsungan hidupnya di masa depan.

Kerana Allah masih berikan dia nyawa untuk menyambung tugasnya di bumi ini, maka jihadnya masih diteruskan. Betapa nyawa itu kunci kepada segala - bukan sahaja hidup, tetapi sebuah kehidupan!