Pages

Followers

Saturday 17 March 2012

mat jenin dan cerita tentang angan-angan

Pernah dengar kisah mat jenin???
Lelaki yang berangan-angan besar tapi dia tak layak untuk apa yang dia angan-angankan.
Pernah tak kita fikir mat jenin ni bodoh dan tak sedar diri?

kisah seorang budak lelaki


Ada sorang budak lelaki, tingkatan 6atas bernama Azli (bukan nama sebenar). Orangnya malas belajar dan suka main-main. Orang lain nak exam buat ulangkaji, dia dok sembang je ngan bestfren nya yang dua kali lima. Bila ujian penggal, dapat nombor antara yang tercorot dalam kelas. Subjek pengajian am je yang lulus, yang lain gagal.
Kalau subjek ekonomi lagi lah, dialah budak paling malas nak study ekonomi dalam kelasnya.

suatu hari...

Cikgu ekonomi bertanya ngan diorang dalam kelas tu, "korang apa plan lepas habis stpm?" "ada plan nak masuk universiti"
Sedang kawan kawan lain senyap memikirkan jawapan untuk soalan cikgu ekonomi itu tadi, tiba-tiba Azli memecah kesunyian dengan jawapannya "saya tak kisah cikgu,asalkan saya dapat masuk U dan dapat belajar under fakulti ekonomi'
...aihhhh. Budak malas yang dapat nombor antara paling corot,kerja rumah tak pernah buat, exam selalu gagal cakap nak masuk universiti???????
Satu kelas ketawakan Azli.

tahun berikutnya...

Pada hari result STPM keluar.
Azli memang tak rasa pun keputusan exam penggal di sekolah dengan STPM ada bezanya.
tapi,siapa tahu,rezeki Allah. Berkat keikhlasan Azli mula fokus belajar sedikit demi sedikit menjelang bulan terakhir sebelum STPM akhirnya dia berjaya dapat keputusan yang baik.
Azli DAPAT MASUK UNIVERSITI. the best thing is, his course is under the faculty of economic.

see, siapa sangka...angan angan si pemalas ini bertukar kenyataan selepas dia bangkit dari menjadi bahan ketawa rakan-rakannya sendiri. Lebih teruk, kawan-kawan yang pernah mentertawakannya ramai yang tak layak ke universiti dan ada juga yang berjaya masuk universiti tapi menamatkan pengajian setahun lebih lambat dari Azli gara belum selesai thesis dan ada yang terpaksa extend pengajian.

berbalik kepada kisah mat jenin...


Pada aku lah, Mat Jenin tak salah. Angan-angan tak salah. Mungkin hari ni bagi kita orang tu bercakap tentang sesuatu yang mustahil, tapi siapa tahu jika esok lusa apa yang dia cakap tu menjadi kenyataan? Tuah manusia ni tak siapa tahu

pengajaran
jangan mentertawakan angan-angan, impian dan cita-cita orang lain.

Friday 16 March 2012

tukang sapu sampah tepi jalan

apa kita fikir tentang makcik-makcik tukang sapu sampah tepi jalan?
or else,abang-abang yang kerja ngan majlis daerah jadi tukang kutip sampah ngan lori sampah yang bau nya hanya tuhan yang tahu..
atau,pakcik-pakcik yang kerja keras jadi buruh kasar...

kisah perbualan aku ngan Achai

bila berbual ngan achai tentang topik ni, I found that ramai orang akan bersimpati dengan pekerjaan sebagai makcik cleaner,tukang sapu tepi jalan, atau buruh kasar...

aku?

bagi aku, aku tak pernah pun kasihan kat mereka..

sbb?
aku respect ngn org yang kerja camtu.
bagi aku,mereka adalah insan insan yang kuat.cuba kita letakkan diri kita kat tempat diorang..ok,senang cerita..andaikan kita tak ada kerja,tak ada kelayakan dan ada seseorang tawarkan kerja cam tu kat kita.. adakah kita sanggup kerja cam tu?? i ask myself, adakah AKU sanggup!!!?
kalau aku,aku tak sanggup. sebab apa? cuba kita fikir,kalau kita laa,mesti malu kan nak kerja cam tu,dah laa penat, tensyen dan macam macam lagi..fuhhh..thats is why, aku respect habis ngn mereka ni.mereka insan insan yg kuat dan tabah, mereka dah tempuhi sesuatu keperitan ujian hidup yang amat hebat, dan hari ini mereka masih tabah dan msih teguh berdiri. mereka tak tumbang. bahkan mereka gigih mencari rezeki dengan cara yang halal.
bila kita bercakap tentang hidup kita sebuah perjuangan..hidup mereka juga sebuah perjuangan. perjuangan yang mungkin kita tidak fahami.

sekadar pandangan dan pendapat peribadi aku sebagai insan yang masih perlu banyak berlajar erti sebuah kehidupan