Pages

Followers

Monday 10 June 2013

muhasabah diri-kasihnya ibu,kasihnya ayah.

kisah minggu lepas..

semasa aku menemani seorang ibu menghantar anak bongsu kesayangannya mendaftar ke kemasukan diploma UiTM.
dari awal pagi,si ibu kelihatan senyum-senyum ceria,sambil menyanyi-nyanyi suara halus dalam kereta.namun dapat kita ketahui dia cuma mahu menghiburkan hati.

sesudah sampai di UiTM,
berkali-kali pesanan yang sama dipesan dan diingatkan kepada si anak. sampai naik muak anaknya mendengar pesan yang sama yang dah anak tahu dan sangat paham itu.
aku berfikir..apa yang buat si ibu ini begitu layan memesan dan memesan kepada anaknya??

setelah selesai proses pendaftaran dan tiba anaknya ditinggalkan di hostel..si ibu mula sebak.
menangis.
bila dipikirkan,bukannya jauh sangat pun UiTM dari rumah mereka. mak dan ayah nak datang setiap minggu pun boleh.
teringat aku, si ibu berkali-kali mengulang ayatnya kepada aku. "nanti kalau makcik nak jengok anak makcik ni, makcik bermalam di rumah kau ye". rumah aku hanya 8KM je dari UiTM.

aku mula berfikir, apa yang buat ibu begitu pilu meninggalkan anaknya di hostel? sedangkan anak itu memang selalu datang bercuti sekolah di rumah aku malah pernah sampai sebulan tidak berjumpa ibu, tidak pula ibu menangis. yang kali ini, setiap minggu pun ibu boleh datang jengok.
baru terlintas jawapannya di fikiran , ibu menghantar anaknya bukan hanya jarak yang memisahkan itu yang ditangisinya dan membuatkan hatinya sayu, tapi kerana dia sedang menghantar anaknya berjuang, dia menghantar anak itu bersama nilai harapannya dan kebanggaannya yang menggunung tinggi. anaknya yang dulu seorang budak kecil manja yang tak jauh dari bantal busuk, yang pernah pula menyejukkan bantal busuk itu dalam peti sejuk konon nak bagi bantal selesa dipeluk,anak kecil yang takpernah ketinggalan membeli VCD dragon-ball tapi suatu hari dipinjamkan kepada kawan sekelas dan sampai ke hari ini tak tahu kenapa masih belum dihantar balik oleh si kawan, anak kecil manja yang takpandai makan sayur,-sungguh ingatan itu membuatnya masih terkenang anak itu masih kecil tapi hari ini telah bersandar pada anak itu harapan untuk dia menjadi lelaki dewasa yang akan menjaga ibu ayahnya di hari tua,
sesungguhnya, hati seorang ibu,juga seorang ayah, meletakkan harapan dan kebanggaan yang menggunung tinggi untuk seorang anak.
risaunya,bingungnya,resahnya,tangisnya,tawanya,senyumnya,-semua kerana nilai kasih sayang yang terlalu tinggi.
Hargailah orang tua kita, doakan yang paling baik untuk mereka. kita pasti tidak akan pernah sanggup emmbayangkan mereka menjadi ahli neraka yang diseksa dan disakiti. mereka tidak pantas untuk itu. kita boleh menyelamatkan mereka. jadi anak yang soleh/solehah,amalan baik kita dan pahala pahala kita yang Allah angkat itu pasti ada didalam nya 'saham: untuk ibu ayah. kerana setiap kebaikan yang kita buat, adalah kerana didikan mereka,maka jika pahala ada untuk kita,maka ada juga saham pahala mereka.
doakan mereka didunia dan akhirat.
Salam!

No comments:

Post a Comment