Pages

Followers

Sunday 17 February 2013

TERIMA KASIH ABANG.


Jika suatu masa dahulu seseorang pernah memberikan kita RM3000,dan kerana RM3000 itu kita telah Berjaya hari ini, maka kalau hari ini kita menganggap ia sebagai hutang budi pasti cuma nilai RM3000 itu boleh kita bayar.kerana ada beberapa perkara yang tidak akan dapat dinilai harganya, iaitu nilai sokongan yang pernah dia berikan ketika itu yang menyebabkan dia sampai mahu memberikan kita RM3000, dan nilai kesan RM3000 itu iaittu yang telah membawa kejayaan hari ini.

Sesungguhnya, sokongan yang dia berikan tidak dapat dinilai betapa tinggi harganya. Pada masa itu pasti dia juga pasang harapan yang tinggi pada kita dan dari harapan itu doanya telah dimakbulkan tuhan sehingga hari ini kita telah mencapai apa yang terlalu kita impikan.



Aku tetap ingat, siapa kita hari ini adalah disebabkan siapa mereka yang sentiasa ada di belakang kita memberI sokongan dan harapan dari hari mula kita melangkah utk mencapai cita-cita ini.

TERIMA KASIH ABANG!