Pages

Followers

Sunday 14 April 2013

erti sebuah NYAWA

Kerana adanya nyawa di badan ini, maka itu kita masih hidup.
Jarang kita berfikir betapa besarnya anugerah nyawa yang masih ada ini.
Subhanallah.

SEORANG PEMUDA YANG PERNAH HAMPIR MATI

Allah pernah mempertemukan aku dengan seorang pemuda. Dia pernah hampir mati. Kami dipertemukan pada hari dia mendaftar di sebuah kolej demi cita-citanya.
Dua tahun lepas, dia tidak dapat berjalan seperti mana kita tangkas bergerak, tidak dapat bernafas seluas mana kita menghela nafas hari ini-kerana, kegemukan. 

Kegemukannya yang sampai berat badannya 200paun menyebabkan dia jatuh sakit, dikhuatiri diserang tekanan darah tinggi, sakit jantung dan kencing manis.

Ceritanya, semasa SPM, cuma mampu menjawab beberapa soalan dan beberapa minit selepas itu -tidur. Obesiti itu memaksanya cepat mengantuk dan lembab daya fikiran dan fokus.
Sampai satu hari, dia dikejarkan ke hospital. Dimasukkan ke ICU. Nafas disambung dengan pembantu oksigen.seperti nyawanya tidak lagi di dalam badan, ia bertakung dalan tong oksigen.
Betapa dia memerlukan nyawanya untuk terus masih bertahan ketika itu.

Dia masih muda. Masih perlu banyak yang mahu diselesaikan, dicapai. 
Cikgu pernah bertanya akan cita-citanya sejak awal memasuki alam sekolah. Apa peluangnya untuk cita-cita seperti orang lain kalau hayatnya habis kerana gemuknya itu?
Terima kasih Ya Tuhan, dia terlepas dari detik cemas ICU itu dan dia selamat! Dia masih boleh hidup. Ada lagi nyawa Allah pinjamkan untuknya.

Dia gigih dengan usaha diet supaya dia akan terus hidup lama.
Kini dia seorang pelajar kolej. Yang belajar untuk mendapat sijil kemahiran dalam bidang diminatinya. Untuk kelangsungan hidupnya di masa depan.

Kerana Allah masih berikan dia nyawa untuk menyambung tugasnya di bumi ini, maka jihadnya masih diteruskan. Betapa nyawa itu kunci kepada segala - bukan sahaja hidup, tetapi sebuah kehidupan!

No comments:

Post a Comment