Pages

Followers

Wednesday 21 December 2011

ini cerita tentang seorang kawan yang berkecil hati

Pada suatu hari, seorang kawan telah berkecil hati dengan kawan-kawannya yang lain. (Dalam cerita ini kita bagi dia nama Ali,bukan nama sebenar)

Menyedari perkara tersebut seorang daripada kawannya(yang ini kita bagi nama Abu) itu memintanya untuk berterus-terang supaya semua perasaan tidak puas hati tidak disimpan di dalam hati atau menjadi cakap-cakap belakang.

Maka si Ali ini pun memulakan ceritanya dan bersungguh-sungguh menceritakan mengapa dia berkecil hati. Ternyata kesungguhannya bercerita itu membuatkan seorang daripada kawannya(yang sorang ni pulak kita bagi nama Timah) tadi bangkit membidas kata-katanya dan mengemukan hujah-hujah tersendiri untuk menafikan tindakan si Ali yang berkecil hati itu. Katanya, Ali itu tidak patut berkecil hati.

Lalu mereka pun bertikam lidah, berbidas hujah dan akhirnya...tiba-tiba Siti pun berkata, "kalau kau tak mahu kehilangan kawan-kawanmu, maka kau akan berhenti berkecil hati begini"

Ali hairan, bukankah tujuan kita berterus terang tadi untuk menjernihkan keadaan dan menjelaskan apa sebenarnya yang terjadi dalam persahabatan kita dan supaya perkara ini tidak berlanjutan di simpan di dalam hati serta tidak pula dijadikan cakap-cakap di belakang. tapi kenapa lain pula jadinya.



PENGAJARAN.

Kita  perlu faham bahawa tujuan sebenar kita berterus terang adalah untuk menjelaskan segala kekaburan, bukannya untuk mengeruhkan lagi keadaan.

sekian.terima kasih.

5 comments:

  1. Serius!! Sgt smart!!! Alu jeles mek nak upgrd blog juak hehe ^_^

    ReplyDelete
  2. ~.~
    konflik dlm pershbtn..
    paham, paham..
    tak paham, bg jg paham..

    ReplyDelete
  3. apik: makseh.polah lah nun.kmk mok baca.hehe

    amira: yup.keterbukaan dan penerimaan sgtlah penting dalam pershbtn

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf hamba mencelah dan menyambung. actually, si ali tidak tahu yg si ahmad (bukan nama sebenar) telah memberitahu sesuatu kepada abu dan alkisah itu sebenarnya ditokok tambah menyebab kan si abu terasa hati. dan apabila si hashim (juga bukan nama sebenar)bertanya, si abu pun bercerita, dan hashim telah menyangkal segala2nya. kini si abu menyedari bahawa si ahmad telah mnyebabkan salah faham antara ali dan abu. dan kini abu telah mngetahui kisah sebenar dan akur walaupun dipersalahkan kerana hanya abu dan hashim yg mengetahui kisah sebenar. dan biarlh menjadi teladan serta jgn mudah percaya kata2 dari pendusta walaupun gurauan semata2

      Delete
    2. sbb itu perlunya berterus ternag dan keterbukaan. berterus ternag semata mata tapi tiada keterbukaan,problem pulak jadinya...wh,wait wait wait..awak masuk cerita apa ni?hasyim?ahmad?

      Delete