Pages

Followers

Tuesday, 6 August 2013

Seutuh manapun janji, suatu hari kita tetap akan berpisah...

Pada suatu hari kita pasti akan berpisah...

Pasti..

Walau kita anak yang paling ingat akan orang tua kita,
walau kita kekasih yang paling setia,
walau kita sahabat yang sejati,
walau kita teman yang berjanji sentiasa ada menemani dan tak akan melupakan walau berjauhan,
Namun tetap,pasti..suatu hari kita akan berpisah.

Aku...
Walau tiga tahun berjauhan dengan mak sebab melanjutkan pelajaran ke universiti, kami tetap tak terpisah dan saling menelefon setiap hari.
Sahabatku,
Walau telah jauh berpisah dan lama tidak bertemu tapi tidak pernah putus hubungan.

Walau sekuat mana pun ikatan silaturrahim kita, walau seutuh mana pun ingatan kita pada mereka yang kita sayangi, tetap suatu hari yang pasti kita akan berpisah. Walau kita tidak bertengkar,bersalah faham, membenci atau bermusuhan.

Suatu hari yang pasti, setiap kita akan menemui sang pencipta. Kita akan terpisah dari duniawi. Sama ada aku, atau keluarga tersayang atau sahabat tercinta yang akan pergi dahulu..kita tetap akan pergi menemuinya dan kita akan berpisah..
Walau betapa kita sayang akan ibu/bapa, walau betapa baik kita dengan teman sejati, walau betapa setia dengan kekasih hati, walau betapa teguh janji yang dibina, Janji Allah mendahului segalanya.

Suatu hari yang paling aku takuti. satu hari yang aku tidak lagi melihat senyuman manis kegembiraan ibu tersayang,tidak lagi ditemani ketawa riang kawan tercinta, tiada lagi  borak-borak kosong mahupun pesanan-pesanan motivasiku kepada adik-adik, tiada pula sembang pejabat bersama teman sekerja..semua itu akan hilang. Semua keseronokan dan kebahagiaan hari ini pasti akan berakhir pada suatu hari yang pasti. Sama ada aku yang dulu pergi, atau kalian yang ku sayangi.

Oleh itu, bersangka baiklah sesama kita. Bertutur sopanlah sesama kita. Jaga-menjagakan hati masing-masing. Tutup aib antara satu sama lain. Gembirakan hari antara satu dengan yang lain. Hormat-menghormati. Kerana usia yang ada ini terlalu singkat untuk kita jika ia mahu dihabiskan untuk berdendam bersakit hati. Sejuta kali lebih baik kalau masa yang singkat ini kita meriahkan dengan kesenagan hati dan bersangka baik sesama kita.

Sungguh, suatu hari yang pasti, kita tidak bersama lagi.

Salam!



Sunday, 4 August 2013

Ibuku Cita-citaKu...












Penuh rasa puas dan gembira bila dapat bawak mak ke UUM untuk penganugerahan ijazah pertama ku .Pengajian ijazah yang buat mak aku puas bersedih berjauhan masa mula2 nak melepaskan aku ke Kedah, berhabis duit untuk kirimkan kepadaku untuk beli tiket kapal terbang balik raya, puas susah hati puas merindu. Bila harinya tiba, aku bawak mak ke UUM. Itulah tempatnya aku tinggal selama tiga tahun. Tempat yang buat mak puas basah air mata merindu bersusah hati dan berhabis duit. Aku dapat lihat senyuman bangga dan kegembiraanya bila aku anaknya mendapatkan segulung ijazah kebanggaannya. Sesungguhnya segulung ijazah itu bukan memberi makna besar pun untuk ku kalau ia bukan untuk melihat senyuman kebahgiaan mak ku.
Kini, aku teruskan perjuangan. Cita-citaku, ingin mak hadir ke majlis aku dianugerah sebagai seorang sarjana. Tahun depan,inshaaAllah.
Mak, kaulah cita-citaku.


WISH ME ALL THE BEST!


"kita punya cita-cita.

setiap kita. 

dan pasti,ia bukan untuk diri


sendiri semata-mata, juga demi mereka yang tersayang."

Thursday, 25 July 2013

Nak Jadi Orang Berjaya, Mesti Ikhlas..Jangan Sombong


kalau kita berjaya, takperlu kita nak bangga diri sendiri, sbb   kalau kita berjaya orang yang akan bangga ialah-- ibu ayah,adik abang,keluarga dan kwn2.
kalau berjaya, dan kita nak bangga diri, so kita akan dapat kebanggaan diri itu dan satu-satunya org yg bangga itu adalah --diri kita sendiri SAHAJA.

lebih baik, menjadi kebanggaan orang yang sekeliling kita kerana kerendahan hati dan keikhlasan mengejar cita-cita..daripada menjadi orang yang menjadi buah mulut org sekeliling kerana angkuh membawa sikap bongkak dengan apa yang telah dicapai.

Wednesday, 19 June 2013

Ikhlas

Semakin kita ingin ikhlas, semakin Allah uji keikhlasan kita. Diberi-Nya kita berjumpa dengan orang yang tidak pandai menghargai, orang yang tidak pernah mengenang budi. Sesungguhnya, Dia maha Adil Maha Mengetahui setiap apa yang terjadi dan setiap orang yang ditemukan-Nya kepada kita pasti ada sebab, alasan dan hikmahnya. Subhanallah.

Saturday, 15 June 2013

kisah orang mahu kaya dan orang yang mahu sempurnakan mimpi...

Ada jenis orang, mudah lemas setelah asyik dilambung kekayaan dan wang yang bagai ombak dan gelombang.
Mulanya gembira kerana duit yang bagaikan ombak gelombang kekayaan, kebahagiaan dan keasyikan melambungkan dia tinggi dan gah. Namun akhirnya kerana asyik yang terlalu, dia lemas. Rupanya gelombang itu adalah ombak yang akan melemaskan dan menarik dia ke laut yang dalam.

Orang jenis apa orang ini?

Pada aku, orang ini jenis yang bekerja keras untuk menjadi kaya dan semakin kaya. Impiannya untuk memiliki duit yang banyak.

Orang inilah yang boleh leka mengejar duit lalu "melabur" dengan lebih lumayan dengan membuat kezaliman ke atas duit; rasuah; pecah amanah; menipu.

Ada bezanya orang jenis ini dan orang yang jenis bukan berimpikan kaya. Impiannya bukan duit, cumanya dia perlukan duit untuk mencapai impian. Kata orang jenis ini, " impianku bukanlah duit, tapi aku perlukan duit hanya untuk mencapai impianku".

Keutamaan mereka berbeza.



Monday, 10 June 2013

muhasabah diri-kasihnya ibu,kasihnya ayah.

kisah minggu lepas..

semasa aku menemani seorang ibu menghantar anak bongsu kesayangannya mendaftar ke kemasukan diploma UiTM.
dari awal pagi,si ibu kelihatan senyum-senyum ceria,sambil menyanyi-nyanyi suara halus dalam kereta.namun dapat kita ketahui dia cuma mahu menghiburkan hati.

sesudah sampai di UiTM,
berkali-kali pesanan yang sama dipesan dan diingatkan kepada si anak. sampai naik muak anaknya mendengar pesan yang sama yang dah anak tahu dan sangat paham itu.
aku berfikir..apa yang buat si ibu ini begitu layan memesan dan memesan kepada anaknya??

setelah selesai proses pendaftaran dan tiba anaknya ditinggalkan di hostel..si ibu mula sebak.
menangis.
bila dipikirkan,bukannya jauh sangat pun UiTM dari rumah mereka. mak dan ayah nak datang setiap minggu pun boleh.
teringat aku, si ibu berkali-kali mengulang ayatnya kepada aku. "nanti kalau makcik nak jengok anak makcik ni, makcik bermalam di rumah kau ye". rumah aku hanya 8KM je dari UiTM.

aku mula berfikir, apa yang buat ibu begitu pilu meninggalkan anaknya di hostel? sedangkan anak itu memang selalu datang bercuti sekolah di rumah aku malah pernah sampai sebulan tidak berjumpa ibu, tidak pula ibu menangis. yang kali ini, setiap minggu pun ibu boleh datang jengok.
baru terlintas jawapannya di fikiran , ibu menghantar anaknya bukan hanya jarak yang memisahkan itu yang ditangisinya dan membuatkan hatinya sayu, tapi kerana dia sedang menghantar anaknya berjuang, dia menghantar anak itu bersama nilai harapannya dan kebanggaannya yang menggunung tinggi. anaknya yang dulu seorang budak kecil manja yang tak jauh dari bantal busuk, yang pernah pula menyejukkan bantal busuk itu dalam peti sejuk konon nak bagi bantal selesa dipeluk,anak kecil yang takpernah ketinggalan membeli VCD dragon-ball tapi suatu hari dipinjamkan kepada kawan sekelas dan sampai ke hari ini tak tahu kenapa masih belum dihantar balik oleh si kawan, anak kecil manja yang takpandai makan sayur,-sungguh ingatan itu membuatnya masih terkenang anak itu masih kecil tapi hari ini telah bersandar pada anak itu harapan untuk dia menjadi lelaki dewasa yang akan menjaga ibu ayahnya di hari tua,
sesungguhnya, hati seorang ibu,juga seorang ayah, meletakkan harapan dan kebanggaan yang menggunung tinggi untuk seorang anak.
risaunya,bingungnya,resahnya,tangisnya,tawanya,senyumnya,-semua kerana nilai kasih sayang yang terlalu tinggi.
Hargailah orang tua kita, doakan yang paling baik untuk mereka. kita pasti tidak akan pernah sanggup emmbayangkan mereka menjadi ahli neraka yang diseksa dan disakiti. mereka tidak pantas untuk itu. kita boleh menyelamatkan mereka. jadi anak yang soleh/solehah,amalan baik kita dan pahala pahala kita yang Allah angkat itu pasti ada didalam nya 'saham: untuk ibu ayah. kerana setiap kebaikan yang kita buat, adalah kerana didikan mereka,maka jika pahala ada untuk kita,maka ada juga saham pahala mereka.
doakan mereka didunia dan akhirat.
Salam!

Sunday, 2 June 2013

cepat masa berlalu

teringat zaman kecik kecik...

ngan dak tunggal2..

anak pusak pun disuruh main sarkas. macam-macam cara dan pesyen diajar tek konon. mentang-mentanglah cuti sekolah,macam-macam style ditangga lam cerita katon.
last-last, terberak-berak dak anak pusak. masing masing nervous. bila orang tua balit kerja, siaaap jakkk.. nak tua lah paling teruk kenak anok,sbb nya ngulu dak mbiak..
dak tunggal mpuan main pertunjukan pesyen, abis dah kain selimut jadi kain gaon.apa gik dak laki jadi orang megang gaon yang panjang ya tek konok..
paling best bila molah eksperimen.ada nya jadi professor,ada nya jadi scientist. mengkaji dak campuran air dengan pewarna kueh,hahahaha.nang rasa molah kajian naa lah.dah ya,pancit ridsect tumpu ngn api lilin.konon nak mencipta senjata terbaru..
bila org tua pulang rumah balit dari kerja. yah,"sapa mpun kerja tokkkk'.abis dah selimut merarei, rumah bau ridsect, taik pusak kat rumah belakang nang enceyy sekali..
siap jak nak tua sekali.nya lah jadi pengulu.ngulu dak mbiak..sapa tek tua sekali?haha

#cepat masa berlalu, hari tok,tinggal bbrp hari gik, yang nombor 2 bongsu,yang congek dan selalu k ngn kelaie gik kechik dolok,tinggal bbrp hari jak gik nak kahwen.
sebenarnya, tok ada lah ucapan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada adik kamekorang yang menamatkan zaman kanak-kanak nya,eh,zaman bujangnya- Awang Azmel Bin Haji Awang Sahpri.