Pages

Followers

Thursday 2 February 2012

kisah seorang pemuda dengan undang-undang dunia dan undang-undang Allah (episod 2)

Assalamualaikum...
Masih ingat kisah pemuda ini di episod pertama? Bagi yang belum baca episod 1, boleh klik kat sini -> http://cbazila.blogspot.com/2011/12/kisah-seorang-pemuda-dengan-undang.html
Setelah langkahnya untuk menunaikan solat Jumaat lemah dan telah gagal pada minggu pertama, dia telah berazam untuk meyakinkan dirinya bahawa dia akan menetapkan pendiriannya kali ini.

Pada Jumaat minggu kedua si pemuda bekerja, dia bersyukur kerana diberikan giliran kerja pada sebelah petang bermula 3 petang sehingga 11 malam, manakala pada minggu seterusnya dia diberikan cuti mingguan. Alhamdulillah dan pemuda ini sungguh senang hati.
Namun, pada minggu keempat, kesungguhannya diuji lagi. Beliau terpaksa bekerja dari 7pagi ke 3petang.

TINDAKAN BERANI

Si pemuda ternyata tekad kali ini. Dia memulakan taktik dan tipu muslihanya. Tepat jam 12.30 tengahari, si pemuda meminta dari izin pengurus untuk ke cafe staff untuk makan tengahari. Kali ini langkahnya lebih gagah. Bagai ada kerasukan pada semangatnya yang membara itu. Dia melalui kawasan cafe dan tetatpi tidak berhenti kerana langkahnya terus laju menuju ke bilik persalinan. Tukar pakaian seragam kepada baju T dan jeans. Keluar dari bangunan tersebut tanpa menoleh kiri kanan dengan harapan tidak terserempak dengan staff sama jabatan dan menimbulkan keraguan.

Pulang dari masjid, pengurus bertanyakan kepada pemuda perihal masa yang agak lama yang telah digunakan oleh si pemuda,sedangkan dia cuma makan tengahari. Pemuda memberikan jawapan bahawa selepas makan dia membuang banyak masa ke tandas. Pengurus seolah-olah tahu muslihat sebenar si pemuda ini dan hanya menggeleng kepala tanda hampa.

Sebelum habis waktu bekerja pada hari tersebut, pemuda mendapat satu panggilan dari satu nombor telefon yang ternyata dari kod nombor kawasan kampung halamannya. 

ALHAMDULILLAH

Bagaikan sartu rahmat, panggilan itu tadi dari sebuah jabatan kerajaan di daerah asal si pemuda dan menawarkan beliau sebuah kerja kontrak dengan gaji yang ternyata berkali ganda ebih besar dari pekerjaannya di tempat kerjanya kini.

Memandangkan Jumaat minggu depan dia sekali lagi dijadualkan bekerja pada 7pagi hiingga 3 petang, maka demi menyelamatkan satu lagi solat Jumaat yang baginya terlalu bernilai, dia menerima tawaran tersebut dan terus membuat keputusan berhenti kerja dengan serta-merta. 

Si pemuda melihat perkara ini sebagai bayaran "cash" dari Allah kerana dia telah berjuang untuk agama dan pegangannya.

PENGAJARAN

Sesungguhnya, Tuhan akan bersama mereka yang berjuang. Dia pasti telah mempersiapkan balasan terbaik untuk mereka, di dunia mahupun di akhirat.

1 comment: