Pages

Followers

Tuesday 7 February 2012

berlaku kematian dalam keluarga

Semalam, 3:28am, 6 Februari2012 bersamaan 13 Rabiulawal, Anjang Uteh ku telah menghembuskan nafas terakhirnya.


Berita kematian yang mengejutkan. Arwah baru semalam di hospital dan kami jangka hanya masuk wad dan akan keluar semula. Tak sangka terus kepada kejadian sebegitu.


PERISTIWA SEKITAR PUKUL 2 PAGI
Aku sedang tidur dan Leha (cousin) membangunkan aku dan dengan serta merta "menyerang" aku dengan skrip " bang zi,anjang uteh dah meninggal"
"ahhhhhh!!!?" aku terkejut dan Mak sedang bimbang bagaimana nak mengkhabarkan berita mengejutkan ini kepada Nek Mak(nenek) dan Nek Yan(atok).


Kami terus ke hospital. Sebelum ke hospital,mak sempat meninggalkan Nek Mak dengan khabar palsu bahawa anjang uteh sedang nazak. Mungkin dengan ini Nek Mak tak terlalu terkejut nanti.


DI HOSPITAL
Kak Ida paling sedih. Meletakkan kepala di atas bahu arwah sedang airmata dan tangisan kasih sayangnya tak henti henti. Aku takut untuk membayangkan jika aku berada di tempatnya. Air mata aku pun...erm...ya..


Tak Tahu mengapa peristiwa arwah memelukku dengan airmata yang berlinangan saat aku nak meninggalkan kampung empat tahun lalu sering menerpa memoriku dan rasa macam masih terasa pelukan itu.


PERISTIWA SEKITAR PUKUL 4 PAGI
Jenazah dah sampai ke rumah.
Ini pengalaman pertama berlaku kematian dalam keluarga masa aku dah besar.
Ya, Mati itu pasti.


AKU DAN MAK. DAN JENAZAH
Satu masa, hanya aku dan mak yang jaga jenazah. Kami baca yaasin di samping jenazah.
Aku bisikkan dengan mak..
" mak, cuba bayangkan kalau kita sendiri adalah jenazah ini. Beranikah mak? Kuatkah kita? Sudahkah bekalan kita cukup mak?"
" Allah bagi kita melihat peristiwa kematian ini sebagai pelajaran, supaya kita bersedia menghadapinya suatu hari nanti"


Airmata aku tak dapat dikawal.


Pernah berlaku kematian dalam keluarga,tp semasa aku masih kechik. Hari ini, berlaku 


kematian kepada seorang ahli keluarga seolah memberitahu aku lebih pengertian tentang 


makna dan erti sebuah kematian. 


Semoga roh anjang Hajah Uteh Binti Haji Sabeli ditempatkan dalam golongan orang-orang 


beriman.

Maha Suci Allah for giving me the another deeper definition bout this phrase- 

HIDUP HANYA SEMENTARA 





2 comments: